#WOW14

Salam alayk.

So last weekend, I spent my Ramadhan at UM (university of malaya) for a program organized by Intelek called WOW! (it’s basically a camp to prepare you for the new place you’ll be going to/overseas). And guess what, I’m feeling more unprepared than ever now. Well, the more you learn the more you realize that there’re more things you don’t know, ayte!

But I know one thing for sure, I’m forever in debt to the committee and all those involved in organizing it. I had aims and expectations for the program and they certainly fulfilled what I ‘craved’ more than I wished.

Here are the things I’ve “collected” from my time there. They’re in Malay by the way since I’ve little time and simply (and quickly) typed them back from my note book. Apologies for the mix of Malay and English.

1607105_10201397578216202_203990692934695311_n

***

Slot Wisewords 1: ‘Izzah Seorang Muslim –Ustaz Ridhauddin 9.00am 12/07/2014

Ustaz Ridha (bekas pensyarah INTEC)

Seronok jumpa ustaz lepas 3 tahun tak jumpa (kali terakhir jumpa masa di INTEC). Dan ustaz, macam biasa tak pernah sia-siakan expectations kita.

1) ‘Izzah ialah kemuliaan. Nak definisikan ‘izzah lebih mudah daripada nak terangkan tentang Muslim yang sebenar.

2) Jangan jadi pemisah keilmuan dalam Islam : kata tak belajar agama, tak ambil kos agama maka wajarlah tak tahu agama. Salah weih. Jangan dikotomikan ilmu yang ada. Tiada dikotomi bagai semasa zaman keagungan Islam. Sebab tu Islam naik pada masa itu.

3) Jangan kita faham agama daripada konteks yang ustaz-ustaz faham sahaja. Kembangkan (expand) agama daripada sudut pembelajaran kita.

4) You don’t have to be a pro in everything but at least, make an effort to know about everything.

5) Umar Al-Khattab, “Kami merupakan kaum yang Allah muliakan kami hanya dengan Islam”. Tak terbina sesuatu dengan penampilan seseorang (semata-mata) tetapi dengan nilai seseorang itu. Ustaz ceritakan kisah cikgu Azmi bin Abdul Hamid (presiden MAPIM) yang berpenampilan sangat sederhana tetapi kerana prinsip dan nilai beliau, beliau sangat dihormati sampai di peringkat antarabangsa dan mampu membawa perubahan. Klik sini untuk baca tentang cikgu Azmi.

6) Kenapa Allah marah sangat dengan bangsa Yahudi? Kerana.. Allah murka kepada sifat dominan bangsa Yahudi.
Sifat2 dominan bangsa Yahudi:
1. Membunuh para nabi.
2. Kuat menipu.
3. Hanya setuju dengan perkara yang selari dengan bangsa mereka (walaupun tiada hujah). Ustaz berikan contoh kisah seorang Yahudi bernama Abdullah ibn Salim yang telah memeluk Islam. Untuk menjelaskan sifat orang Yahudi, beliau telah menyuruh Nabi s.a.w mengumpulkan pemimpin-pemimpin Yahudi dan (meminta Nabi) bertanyakan pendapat mereka tentangnya (Abdullah ibn Salim). Maka mereka pun menceritakan segala kebaikan dan memuji2 Abdullah ibn Salim (mereka bercakap benar tentang sifat beliau). Kemudiannya, beliau keluar daripada persembunyian dan mengucap dua kalimah syahadah (mengumumkan yang beliau masuk Islam). Mereka kemudian mula mencelanya pula (memberitahu cerita tidak benar tentang beliau) kepada Nabi s.a.w.
4. Kuat berhelah/beralasan.

7) Sifat2 Muslim yang tidak Islamik?
1. Menipu (2: 8-10)
2. Oportunis (2: 13-14)
3. Berpura2 (2: 76)
4. Berperangai Yahudi (5: 41). Cek balik, apa betul tiada sifat Yahudi dalam diri?

8) Sifat Muslim yang Islamik?
1. Membenarkan agama (3: 84)
2. Menepati janji (5: 1)
3. Tegas (48: 29)
4. Kuat ‘ibadah (48: 29)
5. Rahmah (48: 29)
6. Berjuang/buat kerja (3: 110) – Sekarang (usia muda sekarang) kita nak buat apa ja?:upgrade nilai agama- tawaduk, sedekah, rendahkan ego dsb.

9) Buku-buku yang disarankan:
1. Ruginya Dunia dengan Mundurnya Orang Islam.

***

Slot Wisewords 2: How to Train a Dragon – Ustaz Syaari Abdul Rahman 12pm 12/07/2014

Asasnya, kita semua ada ‘naga’ dalam diri kita. Macam mana nak keluarkannya (to unleash your inner dragon)?
Mulanya ingat nak kongsi apa yang saya salin saja, tapi rupanya ustaz sendiri dah kongsikan di Facebook dengan sangat terperinci. Makanya, saya ‘copy paste’ sahaja apa yang ustaz tulis:

FB Syaari Ab Rahman July 12: Berkongsi 5 tips membangkitkan “sleeping dragon” dalam diri bakal mahasiswa mahasiswi overseas.
1. Percaya bahawa “sibuk dengan rutin” adalah pisau pembunuh potensi tanpa disedari (saya berkongsi cerita saya dahulu menjadi juara pertandingan mencipta dialog lucu, berbalas pantun, pendidikan seni, pentomen ulik mayang diulik semasa sekolah rendah dahulu, namun kini semua itu sudah ‘bungkus’)As Emerson put it, “We’re always getting ready to live but we never truly live.” These days, we find ourselves doing too much and living too little.2. Seminggu sekali, dapatkan kawan baik yang berbeza, minta pendapat mereka tentang sikap baik yang ada pada diri anda. Meremehkan kelebihan yang wujud pada diri anda bererti menggali perlahan-lahan lubang kubur ‘naga’ anda. Kadang-kadang kita tidak sedari rupanya kita adalah seorang “pendengar yang baik” sedangkan kita tidak pernah pun membaca atau mendengar mengenai kemahiran itu. Rupanya ia ‘common sense‘ yang wujud dalam diri kita mungkin kerana pengaruh sikap yang sama pada ibu dan ayah kita.

3. Punyai sistem kepercayaan dalam minda (mindset) yang positif pada apapun musibah yang menimpa, there is no failures, only success delayed.

“Life and leadership can be seen as laboratories of development, and some of the greatest chances for each of us to learn and grow come when times are hardest and conditions are most uncertain.” – Robert K Cooper

4. Wujudkan personal vision statement (niat “ihram” sebelum ke overseas) supaya kita boleh mendefinisikan “dragon” yang mahu kita FOKUS dan jinakkan secara seimbang (P.I.E.S). Pincang salah satu, ‘kemalangan’ akan berlaku di luar negara lagi.

“In every field and discipline those who make the biggest difference are FOCUSING on excelling, not competing, and using areas of human intelligence that most others don’t access.” – Robert K. Cooper

5. Wujudkan suasana dengan menyemak gambar apa tertampal di bilik, buku apa di atas rak, kawan apa yang sering bersembang, lokasi mana sering dituju dan berlakukah polisi ‘appreciation and punishment’ setiap kali kita melakukan kerja membabitkan “dragon” kita (ambil hikmah faktor “syaitan ditambat” dan faktor “Lailatul Qadar” sebagai external faktor manusia berubah di bulan Ramadhan)

“My grandfather believed in the old saying that we use only about 10 percent of our potential brainpower and human capacity in the course of a lifetime. “What about the rest of it?” he wondered. That’s why he started me on a search for what we called “the other 90 percent.” It would have been a kick for him to learn that a few years ago the old wisdom got revised: Studies now indicate that we use not one-tenth but one ten-thousandth of our capabilities (that’s .01 percent)!” – Robert K Cooper, “Unleash The Other 90%”

Buku-buku yang disarankan:
1. Unleash The Other 90% – Robert K. Cooper
2. Why Right Brainers Will Rule The Future

***

Slot bersama Wakil Universiti (University of Liverpool – Haris Said).

1) Lebih baik beli siap-siap: alat tulis/buku nota/test pad/ikan bilis/rempah kurma/ubat-ubatan/hand cream
2) Boleh join facebook group Nusantara Liverpool atau ke website mereka mscliverpool.org
3) Rakyat Liverpool ada loghat mereka yang agak sukar difahami khabarnya. Maka, boleh lah mula belajar accent/dialek mereka yang dipanggil Scouse.
4) Tarikh fly sila lah maklumkan pada senior-senior di sana terlebih dahulu, kalau rajin mereka akan datang ambil di airport.
5) Kalau yang tiada rumah lagi (lelaki terutamanya), sila berhubung dengan mereka. Memang ada pihak yang akan carikan rumah untuk junior.

***

Ohana Circle 10pm 12/07/2014 (Sesi bersama faci)

Al-Hujuraat 7-12.

Ciri-ciri Bughoh (orang yang zalim):

1) Menentang pemerintah yang adil.
2) Menentang secara kekerasan.
3) Berniat melakukan jenayah.

***

Slot WAR: Fiqh of Travellers 9am 13/07/2014 (bersama faci)

Station 1: Food
Be aware of the E-codes. Tahu kod mana untuk benda-benda halal/haram. (app: Additif Halal Lite)

Kalau ada whey powder / vanilla – tak boleh.

Kalau ditulis sesuai untuk vegetarian dan ada wheat powder/vanilla – boleh sebab ini menunjukkan yang whey powder/vanilla tersebut adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan.

Capsule (ubat2an) – syubhah melainkan boleh pastikan ia daripada sumber halal.

Suitable for vegetarian tetapi ada wine – tak boleh.

Circumin (red coloring from insects) – tak boleh.

Gelatin – Syubhah

Station 2: Boycott! Let’s put pressure on Israel.

 

Station 3: Isu Jamak Solat.

Because I believe that my sentences are too weird (that I only can understand them) and might confuse some people, I choose to not write ‘em out. Please think of the sooo many questions about this issue and refer to your religious teachers/relevant books and improve your knowledge on this. Or, once you’ve settled overseas, go and ask your seniors.

Nasihat senior: Kalau solat di tempat awam, jangan semua solat sekali. Pastikan ada yang jaga kawasan tersebut. Boleh jawab soalan orang yang datang bertanya atau sekuriti dsb.

Station 4: Khuf (macam kasut/sarung kaki. Mengikut Mazhab Syafie ia mestilah dibuat daripada kulit).

Syarat2 khuf:
1) Sebelum pakai, mesti berwuduk dengan sempurna
2) Khuf kena bersih, menutup hujung kaki ke buku lali.
3) Khuf kukuh.
4) Khuf kena sempurna (tak koyak, misalnya).
5) Khuf dibuat daripada bahan yang suci.

Cara-cara menggunakan khuf boleh lah tanya ustaz-ustaz di kawasan berdekatan atau cari buku yang berkaitan.

Station 5: Solat dalam kenderaan.

Station 6: Waktu solat berbeza mengikut masjid/apps dalam fon.

Nasihat senior:

1) Kalau di tempat kita bermastautin (rumah di overseas): ikut jadual yang disediakan masjid (pilih satu masjid yang nak ikut).
2) Kalau bermusafir (travel): guna apps fon seperti Muslim Pro atau Islamic Finder.

Station 7: Kiblat

Ada apps untuk menentukan arah kiblat. Kalau nak tepat, cari arah utara dan ‘google’ darjah arah kiblat daripada kawasan tersebut. Pastu, tentukan arah kiblat sendiri.

Darjah kiblat ada kemungkinan untuk berubah beberapa darjah over time atas sebab2 semulajadi. Kalau mengikut mazhab Hanafi, ada kelonggaran dalam bab darjah arah kiblat sehingga 45o.

***

Slot Wisewords 3: Fiqh of Travellers – Ustaz Nushi 11.13am 13/07/2014

Kita..
Berasal daripada tanah (asalnya Nabi Adam dan kita keturunannya maka asal kita adalah tanah juga).
Berasal daripada air mani.
Berasal daripada syurga (kerana asalnya datang Nabi Adam daripada syurga).

Maka pergi mana sekalipun, bersikaplah yang melambangkan asal-usul kita.( merendah diri kepada Allah dan sesame manusia dan bersifat dengan sifat2 ahli syurga)

1) Kita boleh menjamakkan solat (Zohor dan Asar) atas alasan misalnya waktu Zohor yang pendek dan overlap dengan kelas yang tak dapat dielakkan atau sesi di OT (bagi pelajar perubatan) dsb. Tetapi tidak boleh qasar (solat tidak boleh dipendekkan).

2) Sekiranya kita setelah menjamakkan solat tiba-tiba kelas dibatalkan, maka kita mestilah solat semula seperti biasa (I’adah).

3) Ada yang bertanya sekiranya waktu solat sangat hampir (contoh: maghrib 9.30pm, Isyak: 11.30pm dan Subuh 2.30am), boleh tak jamakkan sahaja maghrib dan isyak? Hal ini kerana kata senior, ada kes yang sentiasa terlepas waktu Isyak kerana tertidur. Kata ustaz, yang lebih diutamakan ialah solat sahaja pada waktunya.

4) Sekiranya bermusafir dan telah berusaha mencari kiblat yang betul (tanya orang yang tahu atau guna apps dsb), yakinlah dan solat. Sekiranya kawan yang lain tiba-tiba tahu arah kiblat yang sebenar adalah lain daripada kawan yang sedang solat, pegang bahu kawan perlahan-lahan dan pusingkannya menghadap kiblat yang betul. Sekiranya hanya setelah selesai solat baru tahu arah kiblat tadi salah, boleh pilih untuk solat semula atau tidak.

5) Solat atas kenderaan. Kalau naik kapal terbang, boleh tanya pramugari arah kiblat (ikut jenis airline). Kalau dah ikhtiar, tapi tak tahu juga solat sahaja. Kalau naik keretapi, sebelum naik cari arah kiblat. Kemudian solat duduk (kalau tiada tempat untuk solat seperti biasa) menghadap kiblat tadi sehingga selesai. Tak perlu tukar kedudukan walaupun keretapi tadi dah bergerak/pusing/dsb.

6) Adakah daging yang disembelih oleh golongan Yahudi halal? Persoalannya, adakah Yahudi sekarang masih dikira ahli kitab? Maka, kalau boleh sila elak.

***

Slot Wisewords 4: Mukmin Cemerlang Prof. Mohd Hamdi Abd Shukor (Deputy VC of UM)

Cerita daripada Prof. Hamdi sangat inspiring.

Kita mestilah sentiasa berusaha untuk cemerlang akademik kalau mahu membuat perubahan. Tiada yang nak dengar kata kita kalau tiada kredibiliti. Mukmin cemerlang adalah yang cemerlang dan aktif. Buat kerja bersungguh-sungguh, jadi leader yang mantap, bijak dan mampu membuat keputusan on-the-spot dan peliharalah agama.

Tugas kita:
1) Excel academically.
2) Develop yourselves.
3) Build a correct paradigm.
4) Jadi muslim soleh lagi musleh.

Be somebody.

***

Setakat ini sahaja lah ya. Wallahu’alam.

ps: Kalau yang tengah baca ni ada yang pergi WOW juga atau pun rasa ada yang boleh tambah atau rasa saya ada tulis yang salah, mohon komen dan betulkan.

Advertisements

2 thoughts on “#WOW14

Add yours

  1. I think you mean ‘whey powder’, not wheat powder :)

    Btw thanks a lot for sharing this! It certainly helps people that couldn’t attend this amazing program

    Good luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: